Powered By Blogger

my pic

my pic

hadis rasullah

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w
pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya
dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari
berbuat sedemikian sambil bersabda:

"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang

lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari

larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya

kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak

menyerupai kaum perempuan.

Wednesday, October 27, 2010

kisah khalid al walid

KHALID bin al-Walid meneruskan kisahnya: “Apabila surat itu sampai, aku semakin bersemangat untuk pergi menemui Rasulullah dan berhajat segera memeluk Islam. Pertanyaan Rasulullah terhadap diri aku amat menggembirakan.

Ketika tidur aku bermimpi, berada di sebuah negeri yang tandus dan sempit lalu menuju ke tempat yang luas dan hijau. Apabila tersedar aku berkata, oh! ini hanya mimpi. Apabila tiba di Madinah nanti, aku akan menceritakan mimpi aku kepada Abu Bakar.

Tiba di sana aku terus menceritakannya kepada beliau, lalu Abu Bakar (yang bijak menafsir mimpi) berkata: “Adapun keluarnya kamu ke sebuah negeri hijau dan luas, itu adalah tanda hidayah Allah kepadamu supaya memeluk Islam.

Ketika bertekad untuk berangkat, aku bertanya pada diri, siapakah yang akan menemani aku dalam perjalanan menuju kepada Rasulullah. Kemudian, aku bertemu dengan Safwan bin Umaiyah, lalu aku katakan padanya: “Wahai Abu Wahab, apakah kamu tidak mengetahui keadaan kita sekarang? Jumlah kita semakin kurang, sedangkan kedudukan Muhammad semakin kuat sehingga menguasai bangsa Arab dan luar Arab.

Aku menyarankan kita menghadap dan mengikutinya. Ia disebabkan kemuliaannya adalah kemuliaan kita juga.

Mendengar kata-kata Khalid itu, Safwan terus menolak keras. Katanya: “Jika semua orang mengikuti Muhammad dan yang tersiksa hanya aku, pasti aku tidak akan mengikutinya, walaupun sampai mati.”

Akhirnya kami berpisah, lalu aku berkata dalam hati: “Saudara dan bapa orang itu (Safwan) terbunuh dalam Perang Badar. Selepas itu aku bertemu dengan Ikrimah bin Abu Jahal. Aku katakan padanya seperti pada Safwan.

Jawapannya memang sama dengan Safwan. Tetapi aku memintanya supaya merahsiakan percakapan aku itu. Dia berjanji tidak akan memberitahu sesiapa. Selepas itu aku pulang dan mempersiapkan unta dan bekalan untuk berangkat menuju kepada Rasulullah.

Dalam perjalanan aku bertemu pula dengan Uthman bin Talhah. Aku berkata sendirian, sesungguhnya orang ini adalah rakan aku. Jika aku tawarkan padanya seperti pada Safwan dan Ikrimah? Kemudian aku teringat rakan bapanya yang terbunuh. Jadi aku berasa ragu. Tetapi aku katakan juga padanya: “Tahukah kamu apa yang berlaku pada aku? Aku adalah orang yang pergi daripada waktuku.” Aku menceritakan tawaran aku padanya. Aku berkata: “Sesungguhnya kedudukan kita ini umpama seekor serigala yang berada di dalam lubangnya. Jika disiram dengan air, pasti ia akan keluar.

Aku menceritakan tawaran seperti dua orang rakan aku tadi. Dia segera menerima tawaran aku. Lalu aku katakan padanya, hari ini aku ingin berangkat awal pagi dan untaku sedang diberi minum di Fajj (sebuah lembah di Makkah).

Aku berjanji padanya, akan bertemu lagi nanti di Ya'juj (nama sebuah tempat). Jika dia yang sampai dulu di tempat itu, dia perlu menunggu aku. Jika aku sampai lebih dulu, aku akan menunggunya.

Kami berangkat pada akhir malam dan sebelum terbit fajar kami tiba di Ya'juj. Pada waktu pagi kami meneruskan perjalanan hingga ke Hadah. Di situ kami bertemu pula dengan Amr bin al-As.

Amr menyambut kami dan mengalu-alukan kedatangan kami. Amr bertanya kami: “Ke manakah arah perjalanan anda? Kami pula bertanya padanya: “Apa yang menyebabkan kamu ke tempat ini? Dia pula bertanya: “Kamu juga mengapa ke sini?

Kami katakan padanya, kami ingin memasuki Islam dan mengikuti Muhammad. Amr berkata: “Hal itu juga yang membuatkan aku ke sini.” Selepas itu, kami bertiga berangkat ke Madinah.

Rupanya, kedatangan kami sudah diberitahu kepada Rasulullah dan beliau gembira. Kemudian aku menukarkan pakaian dengan yang lebih baik, lalu bergegas untuk berjumpa dengan Rasulullah. Ketika itu saudaraku, Walid bin Walid datang menemui aku.

Dia katakan pada aku, cepatlah. Rasulullah sudah diberitahu mengenai kedatanganmu. Baginda amat gembira dan sedang menunggumu. Kami mempercepatkan perjalanan. Tiba di sana, aku lihat Baginda tidak putus-putus senyum pada aku hingga aku berdiri depannya. Aku memberikan salam: “Selamat sejahtera wahai Nabi Allah. “Baginda menjawab salamku dengan wajah berseri.

Kemudian aku mengucapkan: “Aku naik saksi tiada tuhan kecuali Allah dan engkau (Muhammad) persuruh Allah.”

No comments:

Post a Comment

hadis perang

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Menjaga perbatasan perang sehari semalam, adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan dan beribadah di dalamnya, dan jika ia meninggal di tempat itu, maka pahalanya akan mengalir kepadanya (sampai akhir zaman), dan akan dialirkan rezekinya, serta aman daripada fitnah-fitnah (kubur).”
(Muslim, Turmizi, Nasa’i & Tabrani)

Dalam hadith yang lain pula berbunyi:
“Barangsiapa yang mempersiapkan seseorang untuk berperang, maka dia benar-benar telah mendapat pahala seperti pergi berperang. Barangsiapa yang menjaga dan memelihara keluarga orang yang pergi berperang dengan baik, maka dia juga benar-benar telah mendapat pahala pergi berperang.”
(Bukhari, Muslim, Abu Dauid, Turmizi & Nasa’i)


“Sesungguhnya Allah akan memasukkan tiga golongan ke dalam syurga kerana satu busur panah (selaras senjata):
1. Pembuatnya yang mengharapkan pahala daripada Allah
semata-mata.
2. Orang (Islam) yang menggunakannya
3. Pemanah (penembak Islam) yang terkena panah (tembak)
(Abu Daud)